Wednesday 1 April 2015

Kampung Tanpa Wayar, Inisiatif- Baru Gaya Hidup Digital


  • Kampung Tanpa Wayar adalah perkhidmatan internet jalur lebar asas yang disasarkan pada kawasan-kawasan luar bandar yang tiada atau kurung liputan perkhidmatan komunikasi. Ia dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama pihak-pihak pemberi perkhidmatan. Menerusi kampung Tanpa Wayar, capaian internet jalur lebar disediakan dengan mewujudkan hotspot internet yang menggunakan teknologi wi-fi.

2.Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar?
  • Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar adalah terbuka kepada semua orang.

3.Adakah perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar Percuma?
  • Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar merupakan satu perkhidmatan berbayar.Namun kadar yang akan dikenakan adalah minima dan berpatutan, iaitu di antara RM10-15* sebulan.

4.Berapa luaskah liputan hotspot Kampung Tanpa Wayar?
  • Capaian wi-fi  Kampung Tanpa Wayar secara puratanya boleh menjangkau sehingga 200 meter. Namun jarak keberkesanan isyarat wi-fi boleh dipengaruhi halangan-halangan seperti bangunan atau pokok,yang mana akan mengurangkan jarak capaian isyarat wi-fi. 

5.Bagaimanakah cara membuat aduan sekiranya terdapat gangguan pada perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar?
  • Pada setiap lokasi Kampung Tanpa Wayar ada disediakan papan tanda yang menunjukkan nombor talian bantuan pihak pemberi perkhidmatan yang boleh dihubungi secara terus untuk membuat sebarang aduan.

6.Mengapa perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar saya terlalu perlahan?
  • Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar dibekalkan dengan capaian internet kolektif, bermakna talian yang dibekalkan di kongsi dengan pengguna-pengguna lain. Sekiranya ada ramai pengguna pada satu-satu masa, kesesakkan talian akan berlaku dan kesannya membawa pada sambungan internet yang perlahan. Ini adalah satu perkara yang normal.
  • Namun sekiranya ia berlaku terlalu kerap atau berterusan terlalu lama,silalah membuat aduan untuk membolehkan pihak pemberi perkhidmatan membuat pemeriksaan.

0 comments: