Tuesday 31 March 2015

Apa Itu Jalur Lebar?








Menurut Wikipedia, Jalur lebar (broadband) adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana 'suara' dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum ('suara' dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz).



Dengan menggunakan jalur lebar, sesuatu laman boleh dimuat turun lebih pantas berbanding talian dail. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps.

Sungguhpun pelbagai jalur lebar minima telah digunakan bagi mentakrif jalur lebar, julat antara 64 kbit/s sehingga 2.0 Mbit/s[1], lapuran OECD 2006 adalah biasa mentakrifkan jalur lebar sebagai memiliki kadar pemindahan data muat turun sama atau melebihi 256 kbit/s, sementara United States (US) Federal Communications Commission (FCC) pada 2009, mentakrifkan "Jalur lebar Asas" sebagai kelajuan penghantaran data melabihi 768 kilobit se saat (Kbps), atau 768,000 bit se saat, sekurang-kurangnya satu arah: muat turun (dari Internet kepada komputer pengguna) atau muat naik (daripada komputer pengguna ke Internet). Fesyen adalah untuk meningkatkan tahap definasi jalur lebar ketika pasaran melancarkan perkhidmatan yang lebih pantas.


Kadar data ditakrifkan dari segi muat turun maksima kerana beberapa teknologi jalur lebar pengguna biasa seperti ADSL adalah "asymmetric"—menyokong kadar data muat naik maksima yang lebih perlahan berbanding muat turun. "Kadar penembusan jalur lebar" kini dianggap sebagai petunjuk ekonomi utama.

Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai inovasi hasil sains dan teknologi.

0 comments: